GALERI GAMBAR
...........................
...........................
Laman Utama // Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka
 
Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka
 


Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka
YAB. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Boustead IT Telecommunication Sdn. Bhd. atas inisiatifnya dalam membangunkan portal rasmi e-dagang, MelakaCOM.NET, untuk Negeri Melaka. Inisiatif syarikat ini dalam menyokong usaha IT Kerajaan Negeri akan dapat menerajui pembangunan perdagangan elekronik (e-dagang) di negeri ini.

Kita dapat menyaksikan satu penyerapan e-dagang di mana seluruh masyarakat dunia termasuk Malaysia memasuki satu era ekonomi berdigital. Kaedah pengurusan e-dagang sama ada antara peniaga dengan peniaga (B2B) atau peniaga dengan pelanggan (B2C) bakal diterima secara meluas pada masa akan datang.

Saya mengalakkan semua penduduk Melaka untuk menanam minat secara aktif dalam pembangunan e-dagang dan melihat bagaimana ia akan mempengaruhi cara hidup kita dan juga cara kita menguruskan. Kita perlu celik IT dalam tempoh yang singkat. Bagi ahli-ahli perniagaan, saya mendesak agar anda menguasai kemahiran IT dan juga menggunakannya untuk menggerakkan perniagaan anda ke tahap yang lebih baik. Ini adalah perlu memandangkan negara sedang bergerak dengan pantas menuju ke era ekonomi bermaklumat (k-economy).

Portal MelakaCOM.NET menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk ahli-ahli perniagaan dan juga masyarakat secara am. Matlamat khidmat portal ini sangat luas dan meliputi pelbagai perkhidmatan termasuklah e-mel percuma, pembayaran bil secara terus, promosi pelancongan, promosi perkhidmatan kesihatan hingga kepada tempahan secara terus.

Saya amat menggalakkan semua perniagaan di Melaka menjadi pengguna aktif dalam mempamerkan barangan dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan dunia. MelakaCOM.NET adalah satu portal yang menyeluruh dan menjimatkan bagi semua perniagaan dalam negeri untuk mempromosi dan menawarkan barangan serta perkhidmatan mereka ke pasaran global. Portal MelakaCOM.NET akan menghubungkan anda dengan pelbagai perniagaan di seluruh dunia.

Sertailah kegemilangan portal MelakaCOM.NET

Terima kasih.



YAB. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)