...............................
...............................
   
GALERI GAMBAR
...........................
Marhaban Ya Ramadhan
Inang-inang
...........................
Inang-inang
...........................
Dodol
...........................
Kraftangan Tempatan
...........................
Perabot
...........................
Ternakan Ikan Air Tawar
...........................
Laman Utama // Penginapan // Homestay // Kg Pulai
 
Kampung Pulai
 
Marhaban Ya Ramadhan


Kampung Pulai letaknya kira-kira 16.5 km dari selatan bandar Melaka dan 7.8 km dari bandar Merlimau.


SEJARAH

Setiap tempat mempunyai asal-usul atau sejarahnya, begitulah juga Kampung Pulai. Desa ini dibuka kira-kira (150 tahun dahulu (1844) oleh Daeng Taib, seorang berketurunan Bugis. Beliau dan kerabatnya telah mendiami kawasan Pantai Gupung (Pulai Timur).

Pada ketika itu kebanyakan penghuni di desa kecil di pinggir Selat Melaka ini adalah terdiri daripada keturunan Bugis dan Jawa. Setelah Daeng Taib meninggal dunia, anak lelakinya Tok Dewa meluaskan lagi kawasan kediaman mereka.

Penduduk desa ini terus berkembang dan berubah dari setahun ke setahun. Pada masa yang sama, penempatan orang-orang Bugis telah wujud terutamanya di Serkam dan Teluk Emas.

Jika Parameswara menamakan Melaka berdasarkan pokok, begitulah wujudnya nama Pulai sejenis pokok kayu yang banyak terdapat di desa ini. Pokok Pulai ialah sejenis pokok kayu yang keras dan ini menjadi simbol kekukuhan dan keutuhan penghuninya.



MATLAMAT KAMPUNG PULAI

Matlamat Kampung Pulai adalah untuk menjadikan kampung ini sebagai sebuah desa yang unggul, masyarakat madani yang patuh kepada perintah Allah dan berusaha mendapatkan kesejahteraan dunia dan akhirat melalui perkhidmatan yang cemerlang, peningkatan ilmu dan amalan, mempertingkatkan iman dan taqwa, mewujudkan perasaan kasih saying dan kecintaan kepada bangsa dan negara serta melahirkan lebih ramai golongan yang berilmu dan berakhlak mulia.

 

OBJEKTIF KAMPUNG PULAI

Berbakti, berkhidmat dengan jujur dan dedikasi, amanah dalam melaksanakan tugas dan kewajipan, kekuatan perpaduan di kalangan pemimpin dan masyarakat, taqwa dan taat kepada perintah Allah serta patuh kepada peraturan negara dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

 

DAYA TARIKAN

Produk
Pengeluar
'Kompang' (traditional music instrument) and 'Parang' (traditional slashing utensil). Tuan Haji Kasim b Haji Limat
Iron tools and utensils Tuan Haji Hussain b Said
Pickles Industry En Omar b Ali / Pn Hazah bt Hussin
"Dodol" (traditional Malay food) Industry Pn Ramlah bt Mohammad
Traditional Food Pn Khalijah


Rumah-rumah Homestay

1. En. Mohd Ali bin Hj. Hussain
2. Mohd. Said Zahari
3. En. Hassan bin Mohd

4. Puan Zainab binti Md. Dan
5. Hjh. Tijah binti Saad
6. Sharifuddin Abd. Wahid
7. Mohd Saad bin Hassan
8. Hjh. Raidah binti Abd. Ghani
9. Hjh. Safiah binti Yusof
10. Hjh. Kuntum binti Md. Amin
11. Tuan Hj. Kassim bin Limat

Tempat ini terbuka kepada semua pelancong dalam dan luar negeri. Untuk berada di sini mereka perlu bermalam sekurang-kurangnya satu hari. Para pelancong akan tinggal bersama keluarga di rumah yang dipilih dan boleh menggunakan segala kemudahan yang terdapat di situ. Sarapan, minum petang, makan tengahari dan makan malam disediakan.

Kadar Semalam :

Dewasa - RM120.00 seorang.
Kanak-kanak - RM60.00 seorang.

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)