...............................
Taman Agro Melaka (Sungai Udang)
...............................
Taman Rekreasi Tani Serompong Tehel
...............................
Taman Impian Herba Dan Jati
...............................

Taman Agro Melaka (Selandar)

...............................
   
 
Laman Utama // Agro-Pelancongan //
Taman Rekreasi Tani Serompong Tehel
 
Taman Rekreasi Tani Serompong Tehel
 

Terletak di Bemban, Jasin, Melaka, taman rekreasi ini menawarkan suasana menarik di dusun mangga. Taman ini mempunyai kira-kira 1.6 hektar kawasan menarik untuk diterokai.

Taman rekreasi ini mempunyai suasana tenang dan nyaman sangat sesuai untuk sekeluarga bersantai. Pelbagai kemudahan seperti chalet, rumah ladang, kolam ikan, kawasan perkhemahan dan denai merentas juga disediakan. Para pengunjung boleh menikmati mangga segar terus daripada pokok selain keriangan memancing ikan.

Untuk mereka yang inginkan program yang lebih mencabar dan keriangan yang lebih bolehlah berkhemah dan merentas hutan di kawasan berhampiran yang pasti menjanjikan persekitaran alam semulajadi yang berlainan dan menjadi kenangan yang mencabar dalam hidup.

Selain menjadi taman rekreasi, taman ini juga menggalakkan program motivasi. Persekitaran yang harmoni dan menyenangkan menjanjikan perkembangan dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan.

 

 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)