...............................
...............................
 
 
   
Laman Utama // Rekreasi // Perkhemahan //
Hutan Rekreasi Ayer Keroh
 
Hutan Rekreasi Ayer Keroh
 
Hutan Rekreasi Ayer Keroh
 

Ketenangan hutan tropika yang menanti untuk diteroka. Hutan yang terpelihara membolehkan para pengunjung mengalami suasana sebenar kindahan rimba asli.

Kebanyakan pokok dilabelkan untuk kemudahan paran pengunjung mengenali spesis tumbuhan hutan, pengetahuan am mengenai flora dan fauna Malaysia.

Tapak perkhemahan terletak di dalam kawasan seluas kira-kira 10 hektar dan mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik disediakan. Selain itu tapak untuk memanggang dan membuat unggun api serta senaman fizikal turut disediakan.

*Kadar: 50 sen seorang untuk semalam
Para pengunjung yang ingin berkhemah perlu membawa keperluan perkhemahan sendiri.

Selain itu, anda juga boleh berseronok dengan berkelah atau menempuh cabaran merentas hutan. Bagi mereka yang menggemari aktiviti berjogging, terdapat trek khas untuk aktiviti ini di samping tempat senaman bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Sementara itu, bagi mereka yang mencintai alam sekitar anda boleh bersiar-siar sambil membuat pemerhatian keindahan hutan semulajadi ini.

Susurilah sekitar kawasan hutan ini dan saksikan keindahan rimba semulajadi di sebalik kehijauan dan ketenangannya. Terdapat denai yang ditandakan khas untuk kemudahan para pelawat bersiar-siar.

Bagi pencinta alam semulajadi, terdapat pelbagai elemen yang pasti menarik perhatian mereka di sini. Pohon-pohon yang dilabel memudahkan para pengunjung mengenali jenis-jenis tumbuhan.

Lebih menarik lagi dengan memerhatikan pelbagai jenis burung dan serangga yang terbang serta berkeliaran bebas di sini. Hutan Rekreasi Air Keroh turut mempunyai taman-taman khas seperti Taman Prasejarah, Taman Cerita, Taman Orang Asli dan Taman Rusa.

Taman Prasejarah diwujudkan berasaskan imaginasi alam pra sejarah dan memaparkan beberapa replika haiwan-haiwan purbakala yang terdapat di bumi ini kira-kira 70 juta tahun dahulu.

Manakala Taman Cerita pula direka khas untuk kanak-kanak di mana terdapat empat buah cerita rakyat yang digambarkan dengan berbagai replika binatang-binatang yang meyerupai watak-watak utama di dalam cerita-cerita tersebut.

Replika berukiran batu ini digambarkan di dalam beberapa situasi mengikut perjalanan cerita. Sebuah "buku terbua" yang mengandungi cerita ringkas disediakan pada setiap cerita. Cerita-cerita yang dipaparkan di sini adalah:

  • Arnab dan Kura-kura
  • Gagak yang pintar
  • Tupai dan Pipit
  • Sang Kancil dan Buaya.

Taman Orang Asli di sini bertujuan memelihara dan meyebar perihal budaya, adat resam dan tradisi masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian dari warisan negara. Di sini terdapat contoh rumah dari enam suku bangsa Orang Asli termasuk jug Rumah Sewang, Muzium Orang Asli dan gelanggang menyumpit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Balai Penerangan Hutan Rekreasi Air Keroh
Tel: +606 328 401

Fax : +606 232 2867

 

 

 
 
2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)