...............................
...............................
 
   
GALERI GAMBAR
...........................
A Nyonya Wearing 'Kebaya Pendek'
...........................
Wedding Costume of Baba & Nyonya
 
 
Laman Utama // Tempat² Menarik // Kebudayaan // Baba & Nyonya
 
Warisan Baba & Nyonya
 
 

"Cina Selat" atau lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah golongan Cina yang telah menyerap dan menjalani kebudayaan Melayu dalam kebudayaan mereka. Orang ramai kini boleh melihat keunikan pusaka dari warisan ini di muzium persendirian yang dikendalikan oleh Baba dan Nyonya Melaka. Jalan Tun Tan Cheng Lock juga dikenali sebagai 'Lorong Jutawan'.

Di sini anda boleh melihat keunikan dan keindahan contoh rumah-rumah Baba dan Nyonya. Kebanyakan rumah-rumah ini memperlihatkan keunikan campuran pengaruh Belanda dan China. Anda pasti terpegun menyaksikan bagaimana lorong hadapan yang sempit membawa kepada ruang tengah yang luas. Terdapat sebuah rumah yang pasti menarik perhatian setiap pengunjung dan tidak sepatutnya dilepaskan ialah rumah nombor 117 yang mempunyai seni reka Belanda, halaman yang luas berserta kubah yang berwarna perak.

Warisan Baba and Nyonya
50-51 Jalan Tun Tan Cheng Lock,
75200 Melaka.
Tel: 06-2831273
Faks: 06-2831273
Yuran Masuk: Dewasa (RM7) Kanak-kanak (RM4)
Waktu Lawatan: 10.00 pagi - 4.30 petang

 
 

 

 
 
2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)