Nombor Kecemasan
Matawang Malaysia

 

   
GALERI GAMBAR
...........................
Tenaga Nasional Berhad
...........................
Telekom Malaysia
...........................
Pos Malaysia
...........................
Polis Pelancong
..........................
Lapangan Terbang Batu Berendam
..........................
Elektrik
..........................
Matawang Malaysia
..........................
Laman Utama // Maklumat Am // Maklumat
 
Maklumat
 

Kemasukan Formal

Pelancong ke Malaysia mesti memiliki paspot/dokumen perjalanan yanga sah dengan sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi tempoh menduduki.

Keperluan Visa

Warganegara Komanwel (dengan pengecualian) tidak memerlukan visa untuk memasuki Malaysia. Semua warganegara negara-negara ASEAN tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial atau perniagaan yang kurang dari sebulan.

Kastam

Barangan seperti peralatan video, kamera, pemain radio kaset, jam, pen, pemetik api, minyak wangi, dan kosmetik tidak dikenakan cukai di Malaysia. Pelancong yang membawa masuk barang-barang yang dikenakan cukai boleh membayar deposit sebagai import sementara yang dipulangkan sewaktu hendak berlepas.

Mata Wang

Unit matawang digunakan adalah Ringgit Malaysia (RM) yang bersamaan dengan 100 sen. Syiling dikeluarkan dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1.00. Wang kertas pula pada nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Matawang asing dan cek kembara boleh ditukar kepada Ringgit Malaysia di semua bank dan penukar matawang asing di seluruh Malaysia.

Undang-undang Baru Kawalan Matawang
Berkuatkuasa dari 1 Oktober 1998, semua pelancong dikehendaki mengisi borang Pengisytiharan Kembara (TDF) sewaktu tiba/berlepas. Warganegara dan bukan warganegara hanya dibenarkan membawa masuk tidak lebih RM1,000 tunai manakala matawang asing tanpa had.


*Undang-undang Baru Kawalan Matawang (klik untuk maklumat lanjut)


Pakaian Yang Sesuai

Pakaian kasual yang tidak terlalu tebal dan tidak panas amat sesuai untuk sepanjan tahun. Untuk majlis-majlis formal, jaket dengan tali leher atau kemeja batik berlengan panjang untuk lelaki dan pakaian formal untuk wanita.


Cukai Perkhidmatan Lapangan Terbang

Cukai perkhidmatan lapangan terbang dikenakan ke atas setiap penumpang, RM5.00 untuk penerbangan domestik dan RM40.00 untuk penerbangan antarabangsa.


Air

Pada umumnya adalah selamat untuk minum air terus dari paip. Walau bagaimanapun terdapat air mineral yang dijual di setiap pasaraya dan kedai.


Bekalan Elektrik

Voltan elektrik di Malaysia ialah 220-240 volt AC pada kadar 50 putaran sesaat (50Hz).


Telefon

Panggilan tempatan boleh dibuat di semua telefon awam, menggunakan sama ada syiling atau kad. Panggilan antarabangsa boleh dibuat di pondok telefon dengan kemudahan kad atau di pejabat-pejabat Telekom. Kebanyakan hotal dilengkapi dengan perkhidmatan IDD dengan caj perkhidmatan minimal.


Perkhidmatan Pos

Pejabat-pejabat Pos dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Ahad dan cuti umum (bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu pejabat pos tutup pada hari Jumaat dan cuti am). Pejabat Pos Besar di Kuala Lumpur dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari dan dari pukul 10.00 pagi hingga 12.45 tengahari pada hari Ahad. Kebanyakan hotel antarabangsa menyediakan perkhidmatan pos di kaunter perkhidmatan mereka.


Perkhidmatan Perubatan

Perkhidmatan perubatan terdapat di semua bandar di hospital-hospital kerajaan dan klinik swasta. Ubat-ubatan tanpa preskripsi boleh didapati di farmasi-farmasi, pasaraya-pasaraya, hotel-hotel dan pusat-pusat membeli-belah.


Polis Pelancong

Pelancong yang berhadapan masalah yang tidak dijangka boleh mendapatkan bantuan daripada Unit Polis Pelancong. Pihak polis sering meronda di kawasan-kawasan tumpuan pelancong dan bersedia membantu pada bila-bila masa. Nombor telefon Unit Polis Pelancong di setiap bandar adalah seperti berikut:

Bandar
Tel
Kuala Lumpur
+603 249 6592 / 93
Johor Bahru
+607 223 2222
Melaka
+606 270 3238
Penang
+604 261 5522
Alor Setar
+604 732 1222
Kuala Terengganu
+609 622 2222
Kota Bahru
+609 747 2222
Kuching
+608 224 1133

 

Waktu Bekerja

Di Malaysia menggunakan system berkerja normal iaitu lapan jam sehari dan separuh hari pada hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari cuti. Di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dna Kedah, hari Jumaat adalah hari cuti dan hari Khamis adalah separuh hari.

Pejabat-pejabat kerajaan dibuka dari pukul 8.00am - 4.15pm pada hari biasa dan 8.00am -12.45pm pada hari Sabtu atau Khamis untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bank berurusan secara amnya dari pukul 10.00am - 3.00pm setiap hari dan 9.30am-11.30am pada hari Sabtu. Hari Sabtu pada minggu pertama dan minggu ketiga adalah cuti am. Pusat membeli-belah dibuka setiap hari dari pukul 10.00am-10.00pm.


Pemberian Tip

Memberi tip bukanlah satu kebiasaan di Malaysia. Ia adalah tidak perlu memandangkan caj perkhidmatan telah dikenakan sebanayak 10 peratus di hotel-hotel dan restoran melainkan perkhidmatan yang diberikan adalah dianggap lebih baik.


Antikuiti & Eksport

Antikuiti tidak boleh dieksport tanpa lesen daripada Ketua Pengarah Jabatan Muzium.


Misi Diplomatik

72 buah negara mempunyai misi diplomatik dengan Malaysia dan 26 daripadanya diiktiraf secara rasmi dari kalangan negara-negara jiran. Kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur. Untuk menghubungi Kedutaan anda, sila semak dengan operator hotel atau rujuk dengan panduan Telefon.


Bahasa

Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Bahasa-bahasa lain yang juga sering digunakan ialah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


Cuaca

Secara amnya cuaca di Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu di antara 21°C hingga 32°C. Kelembapan adalah tinggi sepanjang tahun.


Waktu

Waktu di Malaysia adalah awal selama 8 jam dari waktu GMT (Greenwich Mean Time) dan 16 jam awal dari waktu "United States Pacific Standard."


Pengedaran Dadah

Pengedaran dadah adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mati.

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)