Nombor Kecemasan
Matawang Malaysia

 

   
Laman Utama // Maklumat Am // Matawang
 
Maklumat Kawalan Baru Matawang Malaysia
 

Berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998, semua pelancong perlu mengisi Borang Perisytiharan Pengembara (TDF) sewaktu tiba/berlepas. Residen dan Bukan residen hanya dibenarkan membawa masuk tidak melebih RM1,000 tunai dan matawang asing tanpa had.

Residen yang ingin keluar dari Malaysia boleh membawa sehingga RM1,000 tunai dan matawang asing termasuk cek kembara tidka melebihi atau bersamaan dengan RM10,000 sewaktu berlepas.

Bukan residen dibenarkan membawa keluar jumlah wang kurang atau bersamaan dengan jumlah yang diisytiharkan semasa dibawa masuk.

Ukuran baru ini berikutan keputusan Pelan Pelaksanaan Kawalan Ukuran Pertukaran Bank Negara Malaysia dalam usaha memulihkan pegangan dan kawalan kewangan dalam suasana ekonomi semasa untuk menstabilkan ekonomi negara.

Residen bermaksud:

  • Warganegara Malaysia, termasuk mereka yang memiliki status penduduk tetap di luar Malaysia tetapi menetap di Malaysia
  • Bukan warganegara Malaysia tetapi telah memiliki status penduduk tetap Malaysia dan tinggal menetap di Malaysia.

Bukan Residen bermaksud sesiapa sahaja yang tidak termasuk dalam kategori residen. Nota: Warganegara Malaysia yang memiliki status penduduk tetap di luar Malaysia dan menetap di luar negeri merupakan bukan residen.

 

Di mana untuk mendapatkan Borang Perisytiharan Pengembara (TDF):

  • Kedutaan Malaysia/Perwakilan
  • Pejabat-pejabat Pelancongan Malaysia
  • Di semua pintu masuk dan keluar
  • Lapangan Terbang

 

Apa yang perlu dilakukan dengan Borang Perisytiharan Pengembara (TDF):

  • Lengkapkan borang TDF anda sewaktu penyemakan imigresen.
  • Serahkan borang TDF yang telah siap diisi kepada pegawai imigresen untuk pengesahan.
  • Apabila borang TDF dipulangkan kepada anda pastikan pegawai imigresen TIDAK MENANGGALKANNYA dari paspot anda.

 

Sewaktu Berlepas

  • Lengkapkan borang TDF untuk penyemakan imigresen.
  • Serahkan borang TDF yang telah siap diisi kepada pegawai imigresen untuk pengesahan dan pembayaran.

Kegagalan untuk mengisytihar adalah satu kesalahan. Jumlah wang yang berlebihan yang dimiliki boleh dirampas.

Jika anda perlu membawa wang ringgit, matawang asing dan cek kembara dalam jumlah yang melebihi dari dibenarkan, permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada :-

Ketua Jabatan
Jabatan Pembayaran Baki
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 291 0772
Fax: +603 293 7732

Atas

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)